Imam Muda

Screenshots

Description

Agama Islam mengajar umatnya untuk berkongsi ilmu tanpa sebarang halangan. Ini memberi peluang kepada kita untuk terus bergerak ke hadapan sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Rasululluah S.A.W bersabda, “Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertama ayat yang jelas, kedua sunnah Nabi S.A.W yang ditegakkan dan ketiga kewajipan yang adil”.

Aplikasi Imam Muda boleh dimuat turun secara percuma melalui pasaran iPone dan Android. Terdapat tiga bahagian utama yang menjadi panduan dalam aplikasi Imam Muda iaitu Kata-Kata Mulia, Solat dan Media. Setiap bahagian berperanan membantu pengguna untuk memuat rujukan berkaitan ibadah yang ingin dilakukan.

Rasai pengalaman menggunakan aplikasi Imam Muda yang pasti memberi kelebihan serta kelainan kepada pengguna untuk menunaikan ibadah dengan lebih sempurna.

Aplikasi ini membolehkan anda:

• Mendapat tips-tips berguna untuk kehidupan seharian berpandukan ajaran Islam
• Menentukan arah kiblat untuk menunaikan solat mengikut arah kompas
• Menonton video terkini Imam Muda yang menjalani aktiviti harian
• Jadual rancangan Imam Muda yang disiarkan melalui saluran rasmi Astro Oasis
• Info Terkini berkaitan perjalanan Medan Imam Muda
• Arkib Imam Muda yang digabungkan dari musim pertama hingga musim ketiga

Sebarang maklum balas mengenai aplikasi ini adalah dialu-alukan ...

**Jika anda tidak boleh memainkan video, sila install Flash Player.

Users review

from 85 reviews

"Awesome"

9