Bapakku.fm

Bapakku.fm

10,000 - 50,000 downloads

Add this app to your lists
View bigger - Bapakku.fm for Android screenshot
View bigger - Bapakku.fm for Android screenshot
View bigger - Bapakku.fm for Android screenshot
Bapakku.fm ..
Radio internet ..
Sejarah wujudnya Bapakku.fm adalah bermula dari saudara Ismahalil Hamzah. Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam Industri Penyiaran di Malaysia ini. Bermula pada 17 tahun lepas beliau cuma Deejay part time di radio muzik RTM kemudian ke radio RFM sebelum berpindah lagi ke radio THR.
Beliau pernah mengasingkan diri selama setahun setengah ke Pulau Tioman Pahang
gara-gara fobia dengan manusia yang berbagai-bagai di Kuala Lumpur sebelum dilamar oleh radio Melaka pada tahun 2008. Setahun kemudian beliau kembali semula ke pangkuan radio THR.fm.
Beliau amat komited dengan perkembangan radio semasa, beliau juga adalah pengasas kepada Club My Friend. Atas dasar keyakinan terhadap permintaan ahli club juga peminat beliau, akhirnya beliau menamatkan perkhidmatan beliau di THR Gegar bagi menumpukan perhatian pada kerja-kerja sebagai duta dan perunding kepada syarikat Vida Beauty yang berpengkalan di Ipoh, Perak.
Pengalaman dan pembelajaran menjadikan beliau matang untuk mewujudkan radio sendiri. Pada tanggal 1 Mei 2011 radio Bapakku.fm telah memulakan operasinya. Berkat usaha semua ahli Club My Friend akhirnya platform radio internet mula beroperasi di pejabat sendiri di Diamond Square, Gombak, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, hingga setakat ini semua Deejay di Bapakku fm adalah ahli Club My Friend. Akhirnya ahli Club My Friend dapat berhubung dan dapat memacu lagi berbagai aktiviti juga menguatkan lagi perniagaan.
Ismahalil tidak pernah menganggap pendengar sebagai peminat, malahan menganggap mereka sebagai kawan baik. Inilah kuncinya kepada kewujudan radio internet www.bapakku.fm.
Kini dengan lebih dari 26, 441 pendengar dari seluruh pelusuk dunia, Bapakku.FM telah mengorak langkah lebih jauh untuk memastikan bahawa radio ini setanding dengan radio komersial yang lain walaupun ianya sekadar boleh didengar secara dalam talian (online)

**Segala komen dan kritikan tidak akan menguntungkan atau merugikan apa-apa pada tukang buat app ini ..**

Tags: bapakku fm, cara dengar bapakku fm radio online, bapakkufm, cara online radio bapakkufm.

Recently changed in this version

Boleh dengar guna MX Player , VPlayer , BSPlayer ..


Comments and ratings for Bapakku.fm
  • (74 stars)

    by suara hati on 31/03/2014

    Best....

  • (74 stars)

    by Dzulkifli Dzul on 27/02/2014

    Terbaik syabass

  • (74 stars)

    by Mack Nocturnal on 23/12/2013

    Well done..good job

  • (74 stars)

    by Izz Wady on 16/11/2013

    Terbaekk Terbaekk Terbaekk.. ♥♥♥♥®

  • (74 stars)

    by Sharuddin ibrahim on 17/09/2013

    Susahnye nak bukakkkk

  • (74 stars)

    by Azroy Legend on 22/08/2013

    R

  • (74 stars)

    by anak padi on 04/08/2013

    Sempoi...kecemprenggg...haroreee....