Panduan Solat Fardhu dan Sunat

Panduan Solat Fardhu dan Sunat

50,000 - 100,000 downloads

Add this app to your lists
Aplikasi Panduan Solat Fardhu dan Sunat.

Aplikasi yang memuatkan
beberapa panduan seperti:-
- Rukun solat
- Wudhuk
- Tayamum
- Niat Sembahyang
- Cara Sembahyang
- Petua Khusyuk
- Doa Berkaitan Solat
- Azan & Iqamah
- Waktu Solat
- Video Panduan Solat
- Bacaan Wirit Selepas Solat
- Solat-Solat Sunat ( Akan DiKemaskini )
- Bacaan Doa MP3 ( Akan Dikemaskini )
- Bacaan dalam Solat MP3 ( Akan Dikemaskini )
- Dan lain-lain lagi akan kami kemaskini

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu DiSembahyangkan....

-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)

P/s ; Ya Allah ! ya tuhan kami, Terimalah Amalan dan Ampunilah Dosa Kesalahan mereka, kerana mereka berusaha menyebarkan aplikasi ini dengan memberi 5 Bintang. Ya Allah, Sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Aminnn...

Sabda Rasululllah S.A.W.
“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

DARIPADA Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia.
Jika sembahyangnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya sembahyang fardu sesuatu.

Allah berfirman: Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardu.
Demikianlah keadaan amalan lain.
(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Allah juga berfirman: Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan fan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agama, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sesiapa menjaga kesempurnaan solat fardu termasuk memperbanyakkan solat sunat, nescaya akan memperoleh kebaikan dan kesenangan di akhirat ketika hari pembalasan.
Ini bermakna, solat menjadi syafaat (pemberi pertolongan) kepada dirinya ketika amalan dihisab untuk menentukan sama ada seseorang itu ahli syurga atau neraka.

Dalam konteks menjaga solat ini, ahli tafsir menjelaskan bahawa dua perkara yang perlu dipelihara iaitu tidak sesekali mengerjakan solat dalam keadaan malas dan juga tidak riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Orang bertakwa akan mengerjakan solat memenuhi syarat dan rukun serta rasa khusyuk dan patuh dengan perintah Allah. Solat ini diterima oleh Allah dan termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas. Bagi orang yang mengerjakan solat dalam keadaan malas dan riak, solatnya bukan saja tidak diterima, malah mendapat kecelakaan daripada Allah.

Recently changed in this version

+ Bacaan Wirit Selepas Solat.
+ Video Wirit dan Doa Selepas Solat Fardhu.
+ Video Bacaan Tahiyyat Tasyahhud Akhir.
+ Doa Selepas Tahiyyat Akhir Sebelum Salam MP3 Dan Berserta Gambar.
+ Doa Iftitah MP3 Dan Berserta Gambar.
+ Doa Qunut MP3
+ Doa Selepas Solat MP3
+ Terbaru! Panduan dan Penerangan Solat Qasar Dan Jama'
+ Panduan Membaca Al-Fatihah Dengan Betul : Mp3
+ Koleksi Adzan : Mp3
+ New Features
+ New Icon


Comments and ratings for Panduan Solat Fardhu dan Sunat
  • (74 stars)

    by mohammad idswan on 19/11/2014

    Sesuai buat seisi keluarga.

  • (74 stars)

    by Alif Rahim on 16/11/2014

    Kmah boh.....

  • (74 stars)

    by md Ray on 15/11/2014

    bagus pnduan ini

  • (74 stars)

    by Samurai Fruit on 15/11/2014

    Ustak enjin

  • (74 stars)

    by Sharif Mohamed on 14/11/2014

    Semoga mendapat pahala yang berterusan,InsyAllah

  • (74 stars)

    by Heri Saari on 13/11/2014

    Solat

  • (74 stars)

    by Mohdlizan Salim on 06/11/2014

    Good for all ages..n for those Muslims..practice makes perfect.