FREE DOWNLOAD

ASFAN SHAH - LIRIK LAGU

    • SEARCH TYPE
    FREE DOWNLOAD

    Screenshots

    Description

    Dapatkan lirik lagu ASFAN SHAH yang best ini. Semua lirik lagu ASFAN SHAH ada disini :-) Antara lirik - lirik lagu dari artis hebat ini ialah:

    Terhenti Di Sini
    Tak Cuba Untuk Kembali
    Alasan Untuk Bahagia
    Takkan Playboy Lagi

    MAKLUMAT RINGKAS BERKENAAN ASFAN SHAH:

    Asfan atau nama sebenarnya Nor Rasfan Shah Rudin, 30, adalah pereka grafik dan berbakat dalam muzik. Dia boleh bermain gitar dan mencipta lagu.Alasan Untuk Bahagia adalah ciptaan sepenuhnya oleh Asfan, manakala Tak Cuba Kembali ciptaan Aryan Siswanto Kamsani.

    Setelah hampir tiga tahun membabitkan diri dalam bidang seni suara, nama Asfan Shah sebagai salah seorang penyanyi lelaki tempatan dilihat semakin kukuh apabila tiga daripada empat single yang dilancarkan mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.Terbaharu, single keempatnya, Alasan Untuk Bahagia, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Asfan sendiri mula menjadi siulan sejak ia mula dimainkan radio tempatan pada penghujung tahun lalu.

    Terdahulu, sebelum mendapat perhatian pendengar radio, video muzik lagu berkenaan terlebih dahulu dilancarkan pada awal November 2013 agar pengisahan bait liriknya dapat digambarkan kepada umum.Mula dimuat naik ke laman YuTube pada 2 November lalu, video muzik berkenaan mendapat sambutan hangat peminat setia Asfan yang mengikuti perkembangannya.

    Mencecah bilangan tontonan sebanyak 29,372 kali, diakui, jalan ceritanya begitu asyik untuk ditonton ditambah pula dengan iringan alunan lagu balada yang sememangnya menjadi kekuatan jejaka berusia 30 tahun itu.Walau bagaimanapun, kisah kesedihan seorang pemuda yang ditinggalkan kekasihnya seperti mana yang cuba disampaikan oleh pengarah, Khaidir Shahri dirasakan kurang umphhh apabila perasaan sedih itu tidak dapat dihayati sedalamnya.

    Namun, pujian harus diberikan kepada Asfan yang melakonkan sendiri watak jejaka malang itu kerana secara konsisten menampakkan kekecewaan yang dihadapinya dengan raut wajahnya yang hampa, tetapi tidak keterlaluan.Pun begitu, secara keseluruhannya, drama yang dipaparkan menerusi muzik video terbabit berbaloi untuk ditonton kerana ia diolah dengan begitu ringkas walaupun di penghujungnya ia memerlukan penonton menggunakan daya pemikiran mereka untuk mentafsirkan apa yang berlaku sebenarnya.

    KELEBIHAN - KELEBIHAN APLIKASI INI:

    1) Anda tidak perlukan sambungan internet untuk melihat / membaca / menghafal senarai lirik lagu
    2) Anda boleh mencari lirik atau ayat di dalam lirik yang anda mahukan dengan fungsi "CARI LIRIK"
    3) Anda boleh simpan nota dengan mudah
    4) Anda boleh rakam suara anda dengan mudah
    5) Ada 3 game teka teki bergambar yang simple tapi best
    6) Ada fungsi 'PHOTO EFFECTS' di bahagian 'EFEK PIC" untuk edit gambar anda
    7) Ada QR Code scanner
    8) Ada Bar Code Scanner
    9) Ada countdown timer untuk sambutan Tahun Baru 2015

    INFO APLIKASI INI:

    1) Aplikasi ini tiada kaitan sama sekali dengan artis Asfan Shah. Kami membina aplikasi ini sebagai tanda penghargaan terhadap keindahan lirik - lirik lagu oleh artis Afsan Shah ini dan agar mudah bagi peminat untuk membaca dan menghafal lirik lagu artis hebat ini

    2) Sebarang permasalahan berkaitan aplikasi ini, emailkan ke admin@akunakkerja.com

    3) Anda ada bantahan berkenaan penggunaan informasi / lirik / gambar di dalam aplikasi ini? Emailkan ke admin@akunakkerja.com

    Kami ingin menjadikan aplikasi ini sebuah aplikasi yang dapat menyatukan peminat artis Asfan Shah seluruh dunia!!!

    100% Khas Untuk Peminat Setia Asfan Shah !!

    Users review

    from 1 reviews

    "Awesome"

    10