FREE DOWNLOAD

WAKTU BERBUKA PUASA IMSAK 2017

    • SEARCH TYPE
    FREE DOWNLOAD


    Screenshots

    Description

    Dapatkan waktu imsak dan waktu berbuka puasa di seluruh Malaysia bagi tahun 2017. Semoga bermanfaat. Insyaallah.

    CIRI - CIRI APLIKASI INI:

    1) Anda TIDAK PERLUKAN TALIAN INTERNET untuk membaca maklumat waktu sahur dan berbuka puasa dalam aplikasi ini
    2) Kami menyediakan semua waktu dari seluruh Malaysia
    3) Semua maklumat / info berkenaan aplikasi ini diambil daripada lamanweb JAKIM
    4) Anda boleh zoom untuk melihat dengan lebih jelas.

    PENAMBAHBAIKAN APLIKASI INI:

    1) Fungsi Nota
    2) Kalendar offline
    3) Pengimbas barkod
    4) Pengimbas QR kod
    5) Goal Tracker
    6) Sticker Gambar yang menarik
    7) Tanda Tangan Digital
    8) Rakaman Suara dan Kongsikannya

    INFO RINGKAS BERKENAAN PUASA:

    Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat".

    Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

    Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.

    Rasullah S.A.W mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar.

    Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah S.A.W “Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

    Segala info / soalan / cadangan / bantahan , sila kemukakan kepada kami
    Kami hargai setiap cadangan anda

    PS: Selamat berbuka puasa , jaga kesihatan anda, moga dirahmati Allah. amin :-)

    Users review

    from 848 reviews

    "Awesome"

    9

    Users comments for WAKTU BERBUKA PUASA IMSAK 2017

    A Google user

    by A Google user

    Jun 22, 2017  |  "Awesome"

    Very usefull

    Ejy Hafizan1112

    by Ejy Hafizan1112

    Jun 03, 2017  |  "Awesome"

    good

    Perfect Donkey

    by Perfect Donkey

    May 28, 2017  |  "Awesome"

    aaaa bagus2 sng sket nk tgk waktu berbuka kt app ni

    A Google user

    by A Google user

    May 28, 2017  |  "Awesome"

    Great

    salimsalim salimsalim

    by salimsalim salimsalim

    May 27, 2017  |  "Awesome"

    Good

    A Google user

    by A Google user

    May 27, 2017  |  "Awesome"

    ok